December 5th, 2006 by ebar
hiaahh~~ genap sudah seminggu bertapa kat rumah nih sejak balk dari UTP, seperti biasa blog nih akan aku usha2 biler kebuhsan mencapai satu threshold value yg tertentu. Ntah ape aku nk tulis kat cni pon tatau, janji ade tulis..huhuh.
sebenarnya kebuhsanan sepatutnya tidak patut wujud, mcm2 care bole kite buat nk mengatasi masalah kebuhsanan. Contoh nya:
1)mcm yg aku tgh buat skang nih, tulis la pape kt blog korang. Tulis je pape yang korang nak. tak de orang bole marah. Sebenarnya tiada orang yang ingin membaca blog anda (sebab tu xde orang nk marah)
2)hubungi rakan2 yg telah lama terpisah. Menghubungi rakan2 bukan lah sesuatu yg semestinya memerlukan kos yang tinggi. Cukup sekadar satu SMS, atau lebih mudah dengan satu BUZZ!! menggunakan perisian instant massenger yang terkenal pada masa ini iaitu YM. Tetapi masalah nya, apabila lama tak berhubung pasti rakan anda akan berasa sesuatu yg pelik. heheh~ tapi takpe….asalkan ikhlas =p
3)selain itu, masalah kebuhsanan boleh di atasi dengan cara yang agak berkesan dan berfaedah seperti mempelajari ilmu2 yang baru. Contohnya, belajar menjahit, dan memasak (hahaha…pompuan la). Kalo anda inginkan sesuatu yang lebih mencabar, belajarlah seni mempertahankan diri, silat, teakwondo atau menembak. Memaki hamun juga merupakan salah satu cara mempertahankan diri, tetapi sebagai manusia yang mempunyai pedoman agama dan budaya melayu kita yang serba indah ini, adalah tidak di galakkan untuk berbuat demikian.
4) juga dalam kategori seperti (3) ialah belajar bahasa asing!! mungkin ramai yang kini sering di hujani dengan series dan movie dari korea dan jepun. Inilah masanya, carilah kaedah2 yang berkesan untuk belajar bahasa asing. Kalau mat dam minah hindustan, belajarlah bahasa urdu. Setidak2nya boleh lah anda menonton movie2 kesukaan anda tanpa bantuan subtitle!
5)ini adalah cara yang jarang di guna pakai oleh ramai orang. Cari kerja!! lihat saja keliling rumah anda. Kemas rumah, sapu sampah, dan bermacam2 lagi…atau secara ringkasnya. Anda malas! (aku pon =p )
sekian saja buat ketika ini…jumpa lagi
(blog versi skema)